Wednesday, November 7, 2012

ada dua jenis

ada dua jenis
wanita

Heroin atau Si Pendengki
(antagonis atau protagonis)

yang baik atau jahat
yang cantik atau jelek
yang kaya atau miskin
yang pandai atau bodoh

ala-ala drama korea
atau drama tv3 tu

yang kau harus tentukan, mana satu lebih baik?

itu sahaja jenis perempuan
yang dunia sedia maklum

tapi ada lagi satu kategori
yang BIASA
jatuh nombor berapa?

tu kat sudut-sudut BIASA
yang orang terlepas pandang
sebab nampak BIASA sangat

NAMPAK TAK NAMPAK
tak ambil peduli

tengah-tengah
tergantung

macam aku

Sunday, November 4, 2012

Pekasam, Jeruk dan Halwa.

Dulu aku simpan rasa hati aku pada A.
Aku simpan sampai jadi pekasam.
Lepas tu goreng dengan SOMEONE LIKE YOU-ADELE.

Lama juga aku goreng.
Sampai habis pekasam.
Mulalah aku cari bahan baru.

Aku dah jemu makan pekasam.
Aku mengidam yang manis.

Sekadar menjeruk. "Kalau ada jodoh, pasti kita ketemu lagi"
Resepi tawakkal tanpa usaha.
Kalau tak menjadi, jadilah jeruk tua.

Pfft. Memang aku nak je tukar resepi kali ni.
Tapi aku bukan Siti Khadijah.
Kalau-kalau hati kau dah dihalwa,
Pecah pulak balang jeruk aku nanti.

Wednesday, April 28, 2010

aku memang peminatmu

bila kita mula kenal
ada rasa tarik
ada titik sama

bila yang sebenarnya
entah bagaimana nak kata
macam ada yang tak kena
bila kau ada

aku malu tak terkata
aku jadi gila bayang
aku coret surat layang

buat kau
dari peminat no 1

perempuan tipikal

kau si perempuan tipikal

yg pening pasal jerawat baru tumbuh

yg risau pasal berat badan dah naik

yg kecoh pasal si bedah kne talak

yang bertempik tak kena masa

yg jelek lihat mereka bahagia

kau ku lihat biasa sahaja

kau ku telek hampir sama

kerana kau adalah aku

kita perempuan tipikal

rasa biasa (-_-)

aku cuba
kongsi cinta
tapi nampak berduka

jadi biasa
tolonglah aku terpaksa

Tuesday, April 27, 2010

hey stranger!

Hi there stranger,
That I only know,
Your name,
A little detail
And a little secret.

Why so hard to keep in touch?
What kept us loose?
Lost in the emotion,
Hiding the passion.

Do we need to start up again?

To be introduce once more.
No. I cant handle it no more.

The first time we met,
You make my heart melt,
But I'm a litle too late,
Knowing you come with a date.

I wish I knew you earlier,
So we keep this longer,
And you were not just a stranger.

aku pun ingin lebih masa dengan tuhan.

hidup kau tanpa cinta memang banyak masa,
kau tak solek lebih sejam semata jumpa seketika,
kau tak jumpa seharian lalu balik masam muka,
kau tak perlu berbual membuang masa,
inilah masa yang kau ada.

tapi kenapa masih tak cukup masa?
mengapa masih punya alasan kau dusta?

kau tenungkan,
kau tak ada masa dengan tuhan,
masa kau cuma utk diri sendiri sahaja,
hidup ni cuma engkau saja kah?

kau sesali,
cinta kau telah pergi,
mana dulu janji,
saat gesel pipi,
kau tercari-cari.

siapa tuhan kau?
kau sarung selendang,
buka tikar sembahyang,
kau cari diri yang hilang.

setiap masa,
selalu ada,
itu tuhan kau,
jadi siapa tuhan kau?
sujudlah.

kau harus lebih banyak masa dengan tuhan,
yang dulu kau ketepikan,
yang hilang pasti ditemukan.