Wednesday, April 28, 2010

aku memang peminatmu

bila kita mula kenal
ada rasa tarik
ada titik sama

bila yang sebenarnya
entah bagaimana nak kata
macam ada yang tak kena
bila kau ada

aku malu tak terkata
aku jadi gila bayang
aku coret surat layang

buat kau
dari peminat no 1

perempuan tipikal

kau si perempuan tipikal

yg pening pasal jerawat baru tumbuh

yg risau pasal berat badan dah naik

yg kecoh pasal si bedah kne talak

yang bertempik tak kena masa

yg jelek lihat mereka bahagia

kau ku lihat biasa sahaja

kau ku telek hampir sama

kerana kau adalah aku

kita perempuan tipikal

rasa biasa (-_-)

aku cuba
kongsi cinta
tapi nampak berduka

jadi biasa
tolonglah aku terpaksa

Tuesday, April 27, 2010

hey stranger!

Hi there stranger,
That I only know,
Your name,
A little detail
And a little secret.

Why so hard to keep in touch?
What kept us loose?
Lost in the emotion,
Hiding the passion.

Do we need to start up again?

To be introduce once more.
No. I cant handle it no more.

The first time we met,
You make my heart melt,
But I'm a litle too late,
Knowing you come with a date.

I wish I knew you earlier,
So we keep this longer,
And you were not just a stranger.

aku pun ingin lebih masa dengan tuhan.

hidup kau tanpa cinta memang banyak masa,
kau tak solek lebih sejam semata jumpa seketika,
kau tak jumpa seharian lalu balik masam muka,
kau tak perlu berbual membuang masa,
inilah masa yang kau ada.

tapi kenapa masih tak cukup masa?
mengapa masih punya alasan kau dusta?

kau tenungkan,
kau tak ada masa dengan tuhan,
masa kau cuma utk diri sendiri sahaja,
hidup ni cuma engkau saja kah?

kau sesali,
cinta kau telah pergi,
mana dulu janji,
saat gesel pipi,
kau tercari-cari.

siapa tuhan kau?
kau sarung selendang,
buka tikar sembahyang,
kau cari diri yang hilang.

setiap masa,
selalu ada,
itu tuhan kau,
jadi siapa tuhan kau?
sujudlah.

kau harus lebih banyak masa dengan tuhan,
yang dulu kau ketepikan,
yang hilang pasti ditemukan.

kau si sarip dol

datangmu lagak,
wajahmu bengis.

kau jeling,
buat aku terkencing,
kau terus laju,
tiada moral value.

kau apa peduli,
halam haram sudah tentunya tiada,
walau kita ini sama lelaki,
kenapa aku jadi mangsa?

insaflah kau esok dan seterusnya.

berapakali diugut,
kau tak takut,
kau tetap juga muncul.
kau memanglah si sarip dol.

(p.s: gejala gay memang berlaku dalam alam kucing. ini mungkin perasaan kucing belaan berdasarkan kisah sebenar)

sedetik

sedetik bila bersama kau, lama
sedetik kau tiada, sekejap

kau itu seksa,
tambah derita,
tapi memang kau beri makna.

aku yang buang kau,
tapi kau pun terus pergi.
kecewa.

mungkin kau tak tahu,
aku perlu,
tapi aku kaku.

detik ini,
aku sayu,
aku damba sedetik lalu,
detik 'delete' kau dari hidupku.
sungguh aku tak tipu.

tapi,
sedetik tu dah lama berlalu.
harap putar ke waktu itu,
sampai begitu.

kau pujaan hati

kau mirip lelaki dalam doa,
hati lagi bertanya,
kau bukan bayangan?
kau buat aku segan.

sekali aku pandang,
hati aku denyut kencang,
lutut aku lemah longlai,
kau igauan aku tak tercapai.

kalau kau itu Yusuf a.s,
sudah tentu godaan nafsu terhebat,
aku makin tak kuat.

kau tu anak ustaz terkenal,
aku pula penyair tanpa nama,
masakan bermimpi aku ini zulaikha.

akhlak jauh beza,
umur jauh tua,
nur wajah pun tak seri,
memang tak ukur baju badan sendiri.

aku simpan kau saja dalam tulisan kini.
aku pendam kau saja dalam doa tadi.

tutup mata,
ya allah ya tuhan,
indah sungguh ciptaanMu yang ku kisahkan ni?

kau fikir kau faham?

aku ini orangnya lalai.
semakin banyak kerjaku, semakin banyak yang difikirkan.
memang berfikir kerjaku, tapi yang difikir bukan kerjaku.

kau fikirkanlah ya?


kau pasti turut lalai juga.
mungkin kita ini keturunannya mat jenin.
hai saudara.
kita ketemu akhirnya.
kirim salam pada anganmu

nah ini gambar terbaru aku.

dan aku tak mampu menyogok sesiapa,
kerana aku perempuan biasa.

memang biasa-biasa sahaja.
kau,dia, mereka, mungkin tak tergambarkan.

pernah kau lihatkan gambarku.
kau jadi tak keruan.

pernah dia lihatkan caraku,
dia jadi gila bayang.

tapi ini dalam mimpi basah aku,
sekarang boleh kau bayangkan bagaimana rupa dan akhlakku?